Thursday, June 3, 2010

Bila ditelan mati mak, diluah mati bapak

Bila dengar peribahasa ni, aku selalu bayangkan aku makan sesuatu yang sangat pahit tapi aku tak boleh nak telan atau luah. Kalau dalam situasi kena pilih mati mak atau mati bapak, aku rela mati diri sendiri dengan kemam atau kulum benda pahit tu.

Maksud peribahasa ni ialah berada dalam keadaan serba salah atau dilema. Aku sebenarnya tak adalah dalam dilema yang teruk sangat cuma susah jugak nak buat pilihan. Sebenarnya,aku dalam dilema untuk meneruskan hubungan dengan si dia atau tidak yang masih aku sayang sehingga kini...TERLALU MENYAYANGI KAMU, aku lebih banyak menghabiskan masa:



1. Duduk je sorang-sorang di rumah dan dapat bangun tidur, makan, minum, tengok TV dan online sesuka hati walaupun rutinnya agak memualkan sesudah 4 bulan dengan rutin yang sama dok g praktikal.rindu juga time praktikal kat PPN Selangor ni..hehehehe



2.Pergi tadika kena bangun awal dan bekerja dan tak dapat online sesuka hati tapi dapat duit yang banyak sebab ibu aku owner tadika....seronoknyaaaaaa....n paling happy dapat jumpa n sakat seorang budak yang amat comel..ngeeee Sufi Tasnim namanya....cute



Aku belum buat keputusan yang terbaik tapi kalau ikut kata hati, 90% untuk meneruskan hubungan dan 10% lupakan segala kenangan yang pernah kami lalui......dalam situasi inilah jelas penggunaan peribahasa di atas digunakan...



Aku rasa aku patut buat istikharah. Tapi, bila cakap nak buat solat istikharah ni, fikiran klise masyarakat Melayu adalah dilema nak pilih jodoh (memang aku nak buat untuk meneruskan jodoh pun)  tapi  Janganlah terlalu mengecilkan skop solat istikharah tu.

Aku ke google dan jumpa ini;

Hadis riwayat Imam Bukhari
Dari Jabir ra.berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat,kemudian berdoa:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Dan ini;
Hadis Riwayat Tabrani: Sabda Nabi: Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat."
Jadi, aku memang patut buat istikharah untuk menguatkan kata hati aku. Apa jalan yang aku pilih nanti, itulah yang Allah dah tetapkan untuk aku.

Solat istikharah dibuat bila mana kita harus memilih. Juga elok kalau kita buat waktu nak exam dan dalam kata lain ketika kita sedang berada dalam keadaan kecelaruan minda macam aku sekarang ni :p

No comments:

Post a Comment